Wednesday, June 9, 2010

Kadang2 kita TERlupa....


 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP 


 1.  Sesiapa  yang  berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2.  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari  akan  dapat  keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4.  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5.  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa  kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6.  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan  yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8.  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9.  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
 
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
   11.  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan  sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
   12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari  telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
   13.  Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
   14.  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
   15.  Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat Hadith: Sesiapa  yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
   16. Sesiapa yang mengamalkan membaca  selawat  tiga kali setiap selepas  solat  lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
   17. Nabi  SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
   18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
   19.  Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
   20.  Menurut Syihab Ahmad,sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat  subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
   21.  Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
   22.  Setelah  bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga  kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
   23.  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH  akan  memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
   24.  Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari  segi  kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
   25.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
   26 Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
   27.  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi  keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
   28.  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
   29.  Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara  hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
   30.  Silangkan kaki jika tidur di masjid.Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
   31.  Sesiapa  yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat  berturut-turut,
ia  bakal  mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
   32.  Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -  Abu  dawud.  Baginda  mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
   33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
   34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga  kali - Muslim.Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
   35.  Nabi  seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
   36.  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
   37.  Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi  bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
   38.  Jiwa  yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
   39.  Sabda  Nabi  SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100  kali  pada  hari  jumaat,  maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
   40.  Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
   41.  Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidakdisangka-sangka baginya
   42.  Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
   43.  Berdiri  apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
   44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira  berapa  hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
   45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
   46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
   47. Beri  salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
   48. Menurut  para  ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam  kesudahan  yang  baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
   49. Melakukan pekerjaan rumah.Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
   50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari,di ikuti dengan usaha yang berterusan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails