Friday, June 11, 2010

Hikmah wuduk

Doa2 ketika mengambil wuduk, mungkin anda semua sudah tahu pun. Terimalah sebagai peringatan.




Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlahmuka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "YaAllah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengarorangmengu mpat,memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanla h aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri. 
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails