Monday, December 31, 2012

Perang Badar



Perang Badar ( غزوة بدر‎), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M) di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624, oleh sebab ghazawāt Muslim menjadi lebih kerap. Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini. Selepas mara ke kedudukan pertahanan, sahabat Nabi Muhammad (SAW) yang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad, Amru bin Hisham (Abu Jahal). Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim. Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan juga menguatkan kuasa Nabi Muhammad (SAW) sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari Madinah dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula.

Kata-kata




Kata-kata



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails