Sunday, June 13, 2010

HARGAILAH ISTERI ANDA


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
   
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

   
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
   
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
    
" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di  sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Friday, June 11, 2010

Hikmah wuduk

Doa2 ketika mengambil wuduk, mungkin anda semua sudah tahu pun. Terimalah sebagai peringatan.




Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlahmuka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "YaAllah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengarorangmengu mpat,memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanla h aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri. 
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


Thursday, June 10, 2010

Surah Yassin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

      1.      Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

      2.      Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

      3.      Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

      4.      Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

      5.      Jika terpenjara akan dibebaskan.

      6.      Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

      7.      Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

      8.      Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal  dunia, Allah meringankan siksanya.

      9.      Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

      10.  Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

      11.  Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah    Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 
      12.  Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

      13.  Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

      14.  Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, June 9, 2010

Kadang2 kita TERlupa....


 AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP 


 1.  Sesiapa  yang  berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2.  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari  akan  dapat  keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4.  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5.  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa  kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6.  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan  yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8.  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9.  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
 
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
   11.  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan  sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
   12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari  telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
   13.  Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
   14.  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
   15.  Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat Hadith: Sesiapa  yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
   16. Sesiapa yang mengamalkan membaca  selawat  tiga kali setiap selepas  solat  lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
   17. Nabi  SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
   18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
   19.  Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
   20.  Menurut Syihab Ahmad,sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat  subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
   21.  Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
   22.  Setelah  bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga  kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
   23.  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH  akan  memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
   24.  Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari  segi  kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
   25.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
   26 Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
   27.  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi  keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
   28.  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
   29.  Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara  hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
   30.  Silangkan kaki jika tidur di masjid.Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
   31.  Sesiapa  yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat  berturut-turut,
ia  bakal  mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
   32.  Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -  Abu  dawud.  Baginda  mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
   33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
   34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga  kali - Muslim.Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
   35.  Nabi  seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
   36.  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
   37.  Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi  bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
   38.  Jiwa  yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
   39.  Sabda  Nabi  SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100  kali  pada  hari  jumaat,  maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
   40.  Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
   41.  Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidakdisangka-sangka baginya
   42.  Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
   43.  Berdiri  apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
   44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira  berapa  hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
   45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
   46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
   47. Beri  salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari.
Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
   48. Menurut  para  ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam  kesudahan  yang  baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
   49. Melakukan pekerjaan rumah.Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
   50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari,di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Tuesday, June 8, 2010

LALUAN KE SYURGA

ASSALAMUALAIKUM...

LALUAN MENUJU KE KUBUR
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
* Hindarkan perasaan irihati ( benci )
* Jangan terpengaruh dengan harta dunia
* Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
* Bersihkan diri dgn bertaubat
* gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
* Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

KEJAYAAN HANYA DI DALAM AGAMA. TAAT PERINTAH ALLAH. IKUT SUNNAH NABI S.A.W

WASSALAM

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails