Sedekah hanya dikira dari usaha yang baik
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.
Kelebihan Bersedekah
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya
sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati
dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu
sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).
Keutamaan Sedekah
Berbuat Baik Itu Sedekah
Keutamaan Sedekah
Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:Tangan yang di
atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan
yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada
keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon
dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan
memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada
ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.
Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya: "Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah."
No comments:
Post a Comment